™ = Stevie Z = ™
~♥ A long journey, begins with a single step ♥~

Ramadhan : Jom Puasa !!!


Ramadhan Al-Mubarak

Salam,

Sedar x sedar bulan Ramadahan telah pun tiba di sisi kita.Aku dapat merasakan kedamaian dan ketenangan yg bakal menyelubungi hari-hari aku selama menepuh ujian dan dugaan di dalam bulan yg mulia ini.Apa yang aku nk tekan kt sini bahawa di bulan yg penuh keberkatan ini ,marilah kita bersama2 menjalani ibadah puasa dgn rasa penuh kesabaran dan ketakwaan kepada Yang Satu.Kepada sesiapa yg belum melafazkan niat puasa ,x kira niat untuk hari2 or untk sebulan.Rajin2kan lah lawat link blog yg tertera : Zelo55 ,untuk doa2 & niat2 khas pada bulan Ramadhan .Aku pun x tau kenapa ayat aku agak skema untuk post ramadhan ini,korang jgn la rasa pelik plak.Mungkin sebab first day pose di bulan Ramadhan kot,hak3.Ok x pe ,aku ubah cara penulisan aku..


Bismillahirahmanirahim,

Sekarang aku nk terus pegi dirct to the point,iaitu objektif aku post kn entri ni tuk kawan2 sekalian.Sempena bulan pose ni,korang mesti lupa or x tau kn kelebihan2 di bulan yg penuh keberkatan ini.So,tujuan aku dln post ini hnyalah untuk "refreshkn" kembali ingatan korang tentang apa dia kelebihan pose and bulan Ramadhan itu sendiri.Kat sini akan aku sertakn fadhilat2 tentang kelebihan2 tersebut.So,terpulang kpd korang nk tahu ke x.Aku hnya ingin menjalankan tanggunjawab aku sebagai seorang muslim,iaitu saling ingat-mengingati antara satu sama lain.hehehe.Aku pun malas nk tulis panjang2,and aku tau korang pun malas nk baca entri panjang2 nie.haha..Apa2 pun semoga kita dapat menjalani ibdah pose dgn sempurna and rajin2kan lah mencari sebanyak pahala yg mungkin di bulan yg penuh dengan kenikmatan dan keberkatan ini.Walaupun masih awal lg utk aku katakn perkara ini,jgn lupa mencari malam lailatul qadar yg lebih baik dr 1000 bulan iaitu pd 7 hari t'akhir puasa nanti,jgn lupa erk..Sehingga kita b'jumpa lagi di next entri,Insya-Allah..

Fadhilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa :

  • Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.
  • Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.
  • Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
  • Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.
  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.
  • Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
  • Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.
  • Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.
  • Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.
  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.
  • Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.
  • Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika;
    “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.”(Surah Al-Baqarah;183)

3 Respons:

salam ramadhan YB Zaim..heheh


Salam..
Selamat b'puasa kpd sumua umat Islam Sedunia..
Hak3..
=D


this is like another side of u eh?
im impressed~


About Me

My photo
Just living in a small world !!! Simple guy with a simple way of thinking !!! Simple way of thinking with a various of meaning !!!

Time and Date

Counts

free html visitor counters

Shout Loud